Tekstur isi manggap epal ranggup.
Mangga epal merupakan sejenis varieti buah mangga yang
dinamakan sedemikian kerana bentuk buahnya yang bulat dan pendek menyerupai
sebiji buah epal.
Jadi, rasa mangga epal bukan ada kaitan dengan rasa epal.
Mangga epal juga dipanggil pauh epal dan mempelam epal, mengikut
panggilan negeri atau tempat berbeza.
Mangga epal didaftarkan secara rasmi dalam Senarai Varieti
Kebangsaan Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod MA194 pada tahun 1973. Varieti
ini berasal dari Stesen Pertanian Serdang.
Bentuk buahnya berbentuk bulat, hampir sama dengan buah
epal, tetapi tidak mempunyai tampuk buah.
Isi buah mangga epal berwarna kuning dan serta berjus.
Rasanya adalah gabungan rasa manis dan sedikit masam atau
lemak-manis apabila masak sepenuhnya.
Sangat sedap dimakan segar, dijadikan rojak, atau dibuat
jeruk. Buah yang masih muda atau putik juga digemari kerana teksturnya yang
rangup.
No comments:
Post a Comment