Siapa masih guna kamera?
Banyak orang minat mengambil atau merakam gambar. Macam-macam
objek dan peristiwa dirakam.
Bagi yang minat makan atau mencuba makanan baru yang agak
istimewa, makan gambar makanan perlu dirakamkan dahulu sebelum dimakan.
Gambar anak atau cucu berstatus bayi dan kanak-kanak paling
banyak dirakam untuk dijadikan kenangan.
Kalau yang minat melancong, macam-macam gambar di tempat
dilawati akan dirakam. Setiap sudut pemandangan yang dianggap cantik atau istimewa
akan diabadikan dalam bentuk gambar.
Dahulu segala-gala gambar akan dirakam menggunakan kamera
yang menggunakan filem. Kemudian filem itu akan diproses untuk
"mematikan" filem untuk mengekalkan imej di filem tersebut.
Kemudian, barulah filem tersebut akan dicetak di atas kertas
dan nampaklah imej atau gambar yang dirakam.
Sekarang masa telah berubah. Gambar dan video boleh dirakam
melalui telefon pintar masing-masing yang boleh dikatan majoriti memilikinya.
Bezanya hanya kualiti gambar yang dirakam sahaja yang berbeza mengikut harga
telefon pintar yang dimiliki.
Kerana sudah ada alat lain yang boleh menggantikan fungsi
kamera, maka tidak banyak orang menggunakan kamera untuk merakan gambar mahupun
video.
Satu pertanyaan, jadi siapa yang jika kita temui dia sedang
membawa kamera atau menggunakan kamera?
Pada pemerhatian umum ada beberapa ketegori individu yang
masih menggunakan kamera.
Pertamanya, mereka yang bertugas sebagai jurugambar media.
Kedua ialah jurugambar majlis kahwin. Manakala ketiga ialah mereka yang mempunyai
"minat" dan "kepuasan" menggunakan kamera.


No comments:
Post a Comment