Raja Sakti (atau dikenali juga sebagai Raja Sakti I) adalah pengasas pemerintahan raja Jembal, salah sebuah kerajaan yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18.
Pusat
pemerintahan baginda adalah di Jembal (Kota Jembal sekarang – tetapi lebih
dikenali Kedai Lalat, iaitu nama yang digunakan sebelum ditukar kepada Kota Jembal).
Tidak
jelas mengenai asal keturunan baginda, tetapi sejarah menyebut bahawa baginda
adalah anak angkat Raja Bersiung dari Kedah yang datang tinggal di Jembal.
Raja
Sakti berkahwin dengan Puteri Mani Kemenyan, yang juga anak angkat kepada Raja Bersiung.
Baginda berdua dikurniakan empat putera dan tiga puteri. Empat putera ialah
Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar dan Raja Sungai. Manakala tiga puteri pula
ialah Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur dan Puteri Cempaka Bongsu.
Baginda
Raja Sakti mangkat pada 1649 dan digantikan oleh anak baginda Raja Loyor.
Sebagai
memperingati baginda, sebuah sekolah menengah di Kota Jembal dinamakan Sekolah
Menengak Kebangsaan Raja Sakti dan sebatang jalan dikenali Jalan Raja Sakti.
Kota Jembal pusat pemerintahan awal Kelantan
No comments:
Post a Comment