Thursday, 28 July 2022

PENGUSAHA BOT PENAMBANG PULAU RENJUNA

 
Aktiviti berkaitan pelancongan banyak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sebab itu aktiviti pelancongan perlu ditambah baik agar lebih banyak pelancong tempatan mahupun luar negara datang ke sesuatu lokasi atau kawasan.

Ambil contoh berkaitan khidmat bot penambang di kepulauan delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Peluang mendapatkan penumpang atau pengguna bot penambang agak terhad. Tidak banyak orang luar ada urusan untuk ke pulau. Bilangan pelancong yang mendapatkan bot untuk menikmati suasana pulau juga agak terhad. 

Jadi, usaha untuk mengaktifkan aktiviti ekonomi di kawasan pulau perlu ditingkatkan. Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada penduduk pulau, bahkan yang paling awal mendapat keuntungan ialah pengusaha bot penambang. 

Apabila ada operasi pasar terapung di Pulau Suri dan Pulau Renjuna, pengunjung banyak yang datang. Banyak pengusaha bot penambang mendapat rezeki tambahan. 

Permintaan terhadap khidmat bot penambang meningkat berkali ganda sehingga ada yang bukan di kalangan pengusaha bot penambang pada hari-hari biasa akan turut menyediakan perkhidmatan tersebut pada hari operasi pasar terapung. 

Semoga operasi pasar terapung lebih besar dan lebih banyak pengunjung datang, termasuk dari luar negara, sekaligus membantu meningkatkan pendapatan pengusaha bot penambang. 

Operasi bot penambang di dua jeti utama iaitu Jeti Kok Majid dan Jeti Kuala Besar. Selain itu ada juga bot berlepas dari Jeti Che Lat, berhampiran bandar Tumpat.

No comments:

Post a Comment