Tuesday, 16 January 2018

BAKAR SATE LOK CHING

Bakar sate mahupun lok ching biasanya menggunakan bara arang kayu. Namun, itu sudah berubah. Penggunaan api terus dari penunu gas atau diletakkan di atas bekas khas semakin mendapat pilihan.

Cara itu lebih mudah dan cepat. Tidak perlu menyediakan api arang dan kemudian bertukar menjadi bara amat sukar dan keadaan berasap yang mengganggu.

Penggunaan bara arang juga menyebabkan keadaan sekeliling kotor oleh abu berterebangan.

Namun, tidak dinafikan, penggunaan bara arang untuk membakar sate lebih memberi aroma sate dan rasa lebih sedap.

Berbanding menggunakan penunu atau bekas khas, sate masak sekata tanpa rasa 'umph' dan rasa 'pahit' bahagian hangit yang memberi rasa enak sate.

Seperti dikatakan tadi, demi untuk lebih mudah dan cepat, penggunaan penunu gas atau alat membakar khas kini semakin menjadi pilihan.   

No comments:

Post a Comment