Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK)
berkunjung ke Pulau Seratus, Tumpat untuk membuat agihan bantuan kepada asnaf di
pulau berkenaan. PCAK diwakili pengerusinya, Fazliyaton Daud menaiki bot bersama-sama
beberapa ahli jawatankuasa untuk menguruskan penghantaran tersebut.
Barang tersebut diserahkan kepada Roslan
Ismail, tokoh sukarelawan tempatan, yang juga salah seoang AJK PCAK untuk
kemudiannya diagih-agihkan kepada asnaf.
Pulau Seratus, terletak di
daerah Tumpat. Boleh ke sana dengan menaiki bot melalui Jeti Kok Majid, Tumpat
ataupun Jeti Kuala Besar, Kota Bharu.
Pulau Seratus salah satu daripada 33 pulau yang terdapat di delta Sungai Kelantan sebelah jajahan Tumpat. Namun, daripada 33 pulau itu, hanya 13 pulau yang didiami, termasuk Pulau Seratus.
Pulau lain yang didiami ialah Pulau Renjuna, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Haji Nik Mat dan Pulau Cendor.

Di Pulau Seratus terdapat 37 buah keluarga dengan jumlah penduduk melebihi 130 orang. Masa menaiki bot dari Jeti Kok Majid ke Jeti Pulau Seratus mengambil masa kira-kira 20 minit.
Gambar - Jeti Pulau Seratus - Fazliyaton (kanan), Roslan (tengah)
No comments:
Post a Comment