Sunday, 14 January 2024

BERJALAN BERTEMU KAWAN KETIKA ADA PELUANG

 
Bersyukurlah jika anda masih boleh berjalan sekarang ini. Itu rahmat yang tidak patut dinafikan. Berapa banyak orang lain yang tidak boleh berjalan sama ada sejak kecil kerana ketiadaan kaki yang sempurna, atau kalau yang sudah tua pula hilang kemampuan berjalan disebabkan penyakit. Ada yang hanya mampu terlantar di atas katil disebabkan penyakit dan hilang keupayaan berjalan.
 
Bersyukurlan jika masih mampu berjalan ke masjid. Jangan abaikan peluang dan kemampuan itu. Mampu berjalan atau melangkah dengan sempurna berbanding dengan orang lain yang sudah bertongkat dan bersembahyang di atas kerusi.
 
Nikmat mampu berjalan ini amat besar dan perlu disyukuri. Tanyalah orang yang dahulunya dapat berjalan dan berlari, bahkan mampu kembara berjalan kaki meredah hutan dan gunung, tetapi kini tidak mampu lagi berjalan. Tentunya satu perkara yang diingini dilakukan ialah berjalan ke masjid.
 
Kepada yang masih mampu berjalan, gunakan peluang itu untuk terus melangkah melakukan kebaikan. Bersyukurlah dengan nikmat yang masih dimiliki itu sebelum ia ditarik balik. Pastikan, jangan melangkah kaki ke tempat-tempat maksiat dan membawa keburukan.
 
Kisah jalan-jalan sepanjang usia mengikut umur
- 5 - 10 - Jalan² rumah kawan-kawan untuk bermain
- 10 - 20 – Jalan-jalan rumah kawan-jkawan untuk berlajar bersama
- 20 - 25 – Jalan-jalan rumah kawan-kawan waktu cuti semesta.
- 25 - 30 – Jalan-jalan rumah kawan-kawan kenduri kahwin.
- 30 - 40 – Jalan-jalan rumah kawan-kawan tengok baby.
- 40 - 50 – Jalan-jalan rumah kawan-kawan sebab lama tidak jumpa.
- 50 - 60 - Jalan-jalan rumah kawan-kawan kenduri kahwin anak... dan jenguk kawan sakit sana sini.
- 60 - 70 – Jalan-jalan rumah kawan solat jenazah.
- 70  - sudah banyak yang tidak mampu berjalan-jalan dan mengharapkan ada kawan yang datang berjalan-jalan.  
- 70++ Banyak di antara kita dah jalan......
 
Jadi, selagi mampu berjalan-jalan, ziarahlah sahabat dan sanak saudara selagi ada peluang. .


No comments:

Post a Comment