Tuesday 7 November 2023

JAYAKAN KEMPEN BOIKOT SAMPAI BERJAYA

 
Kena betul-betul boikot. Jangan sekejap buat, lepas tu kembali kepada produk tersebut. Kita kena istiqamah dan bersedia berubah sepenuhnya. Utamakan barang tempatan. Ambil peluang tolong naikkan produk tempatan.
 
Produk atau jenama tempatan banyak yang berkualiti dan boleh maju jika mendapat sokongan dan dokongan rakyat Malaysia. Kalau ada sedikit kekurangan produk tempatan berbanding jenama import, jangan mudah beralih mencari jenama antarabangsa.
 
Dalam soal memboikot ini, perkara paling asas perlu difikirkan ialah apakah memberi kesan buruk kepada rakyat Malaysia. Ada produk yang jenama antarabangsa, tetapi pemiliknya orang Melaysia dan beragama Islam.
 
Kebanyakan perniagaan ini adalah dalam bentuk francais yang mana peniaga di Malaysia dibenarkan menggunakan jenama dan pelbagai keistimewaan yang lain, sedangkan modal operasi ditanggung sepenuhnya oleh peniaga di Malaysia. Peniaga di Malaysia hanya perlu membayar yuran francais kepada syarikat induk.
 
Jadi, kesan boikot adalah kepada peniaga dan pekerja di Malaysia. Syarikat induk tidak terjejas, atau sekadar mengalami sedikit kesan sahaja.
 
Sebenarnya, boikot memang baik dilakukan, tetapi kepada produk terpilih sahaja. Antara produk yang perlu diboikot ialah rokok. Boleh dikatakan semua jenis rokok dikeluarkan oleh syarikat berkaitan Yahudi. Kalau adapun rokok dikeluarkan oleh bukan Yahudi ialah dari negara jiran kita.
 
Umum diketahui, sumbangan keuntungan daripada industri rokok banyak memberi keuntungan kepada syarikat Yahudi. Mereka inilah yang memberi kekuatan dan sokongan kepada Israel.
 
Jelas sekali, perbuatan merokok bukan sahaja membahayakan diri perokok dan orang sekeliling, tetapi juga rokok membahayakan keselamatan orang Palestin. Berhenti merokok. Selamatkan diri sendiri dan orang lain.
 
Terus merokok bermakna anda terus menyokong Yahudi dan memberi bara-bara untuk Israel terus membakar dan mengebom orang Palestin.
 
Lebih 70 peratus perokok di Malaysia berbangsa Melayu dan Islam. Mereka membeli rokok dan memberi keuntungan kepada syarikat milik Yahudi.
 
Jom boikot rokok. Jika anda tidak boikot rokok tetapi beriya-iya memboikot produk lain, itu tanda sikap hipokrit. Kalau anda tidak berjaya atau tidak boikot syarikat rokok, elok anda duduk diam-diam tidak suruh orang lain boikot produk lain.
 
Selamat memboikot. Mulakan boikot syarikat rokok dan baharu diteruskan kepada syarikat-syarikat lain.

No comments:

Post a Comment