Masjid Hijau As Saadah terletak di Kampung
Bayam, Jalan Datuk Lundang, Kota Bharu. Masjid Hijau tidak termasuk masjid mukim.
Jadi, di masjid ini tidak dilakukan sembahang Jumaat.
Masjid Hijau As Saadah mula dibina pada 1 April
2015 dan dirasmikan pada 14 April 2016 menggunakan dana sumbangan orang ramai.
Tapak Masjid Hijau As Saadah pada asalnya
adalah Surau Hijau yang mula digunakan beberapa puluh tahun lalu. Disebabkan
semakin banyak jemaah yang singgah bersembahyang di situ, maka timbul cadangan
agar dibina masjid yang lebih luas dan selesa.
Nama ‘hijau’ dikekalkan pada masjid
tersebut dengan ditambah perkataan “as saadah” menjadikan nama penuhnya Masjid
Hijau As Saadah.
No comments:
Post a Comment