Sesungguhnya dosa memaki ibu bapa adalah amat besar. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa, apabila seseorang lelaki mengutuk ibu bapanya. Ramai orang merasa takjub bagaimana orang yang cukup akalnya, beriman kepada Allah boleh mengutuk ibu bapanya, padahal merekalah yang menyempurnakan kehidupan anak-anak.”
Lantas baginda ditanya: “Bagaimana
seseorang itu mengutuk ibu bapanya?” Rasulullah menjawab dalam sabdanya
bermaksud: “Bila orang itu memaki ayah orang lain, lalu orang lain membalas maki
ayahnya. Kemudian dia memaki ibu orang lain, lalu orang lain itu membalas maki
ibunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Menghormati golongan tua bukan sekadar
terhadap ibu bapa dan orang yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan kita.
Sebaliknya, wajib bagi setiap orang muda menghormati orang tua, tanpa mengira
pertalian persaudaraan, kedudukan dan kekayaan.
Sesungguhnya, Rasulullah menjelaskan
sesiapa yang tidak menghormati golongan tua sebagai bukan orang beriman. Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak
menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Hadis
riwayat Tabrani).
Sikap golongan muda yang menganggap
golongan tua membebankan, menyampah, dan mengganggu adalah amat biadab. Mereka
lupa suatu hari nanti mereka juga akan menempuh alam tua. Sudah tentu mereka
tidak mahu nasib yang dialami golongan tua sekarang akan menimpa pula ke atas
diri mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Adil memberi
pembalasan. Sesiapa yang tidak menghargai golongan tua, bakal menerima kifarah
pada usia tua nanti. Biasanya golongan tua sekarang yang diabaikan adalah
terdiri daripada mereka yang ketika usia mudanya selalu mengabai golongan tua.
Sikap golongan muda yang tidak menghormati
golongan tua berlaku di dalam masyarakat yang mengamalkan cara hidup
bersandarkan kepada kebebasan bersuara, hak individu, sama rata dan tidak
mengutamakan syariat agama.
Cara hidup sebegini begitu meluas di negara
Barat yang menjadi punca kejatuhan moral golongan muda di sana. Sebenarnya
masyarakat di Barat semakin menuju kehancuran disebabkan masalah keruntuhan
moral rakyatnya. Kemajuan sains dan teknologi tidak mampu bertahan jika moral
rakyat musnah.
Malah, masyarakat yang moralnya musnah akan
menggunakan kemajuan sains dan teknologi untuk menghancurkan sesama manusia.
Akhirnya, manusia akan musnah akibat menggunakan hasil ciptaan manusia
sendiri.
Cara hidup demikian tidak ubah seperti
hidup di alam haiwan. Haiwan tidak membezakan antara tua dan muda. Siapa lebih
kuat dialah yang akan berjaya mendapat apa diingini. Tidak ada status dalam
masyarakat haiwan untuk dihormati dan diutamakan.
Itu sudah tabie kejadian haiwan yang tidak
boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun. Sesungguhnya sesiapa yang mengikut tabie
haiwan, dia adalah lebih hina daripada haiwan.
Amalan menghormati golongan tua bukan saja
perintah agama, tetapi budaya yang diamalkan dalam masyarakat bertamadun.
Masyarakat yang menghormati golongan tua mencapai tahap hidup lebih selesa,
selamat dan berjaya.
Dalam kebanyakan adat kaum ada yang
menjadikan amalan ritual menyembah atau menghormati golongan tua sebagai satu
‘sembahyang’ bagi memohon restu. Sesiapa tidak menghormati golongan tua
dianggap melanggar pantang larang dan bakal menerima musibah dalam kehidupan
seharian.
Begitu besar sekali kedudukan golongan tua
yang dianggap sebagai punca kesejahteraan, keuntungan dan kejayaan hidup.
Sebagai penganut Islam, perbuatan tidak
menghormati golongan tua bukan sekadar melanggar pantang larang, tetapi melanggar
perintah Allah. Amat berat balasan melanggar perintah Allah. Pantang larang
sekadar adat, tetapi perintah Allah melibatkan keimanan dan ketakwaan.
No comments:
Post a Comment