Teknik mengemas cadar bunyinya mudah.
Bentang cadar dan tarik kiri dan kanan. Tapi masih ramai yang mengemas cadar
tetapi senget sebelah, berkedut dan sebagainya. Tidak nampak serapi katil di
hotel atau di asrama. Jadi bagaimana caranya?
Mula-mula sekali kita perlu alihkan bantal
dari katil. Lipat selimut dan simpan di tempat asalnya. Kemudian kita bentang
cadar dan masukkan di bahagian kepala dahulu.
Masukkan dengan ketat di kiri dan kanan
kepala katil. Selitkan di bawah tilam agar ia tidak bergerak semasa ditarik
kelak. Kemudian tarik cadar di kaki katil dengan tegang untuk menghilangkan
kedutan cadar.
Pastikan ketinggian cadar dari kiri ke
kanan adalah sama panjang. Jika tidak, anda perlu menarik dan membetulkan
sehingga cadar adalah sama ketinggiannya di mana-mana sudut - kiri dan kanan
katil serta di kaki katil.
Setelah berpuas hati dengan ketegangan
cadar, anda boleh pula menegangkan bantal dan sarungnya. Pegang bahagian atas
sarung bantal yang terbuka dan biar bantal jatuh ke hujung lagi satu. Jangan
biarkan ada ruang udara antara bantal dan sarung di hujung sana.
Setelah tegang, pegang pula di bahagian
sisi sarung bantal dan jatuhkan bantal rapat ke hujung sarung sebelah sana.
Kemudian apabila bantal sudah tegang di dalam sarung, letakkan bantal perlahan-perlahan
supaya tiada kedutan. Ratakan atas bantal untuk memastikan ia kelihatan betul-betul
tegang tanpa kedutan.
No comments:
Post a Comment