Sunday, 12 March 2023

Klinik Dr Amalina Bandar Baharu Jelawat

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) sedaya mungkin untuk membantu golongan asnaf mengikut keperluan masing-masing.
 
Berkhatan satu keperluan untuk kanak-kanak lelaki. Kos berkhatan biasanya melebihi RM100 sehingga RM150. Jumlah itu agak besar bagi golongan asnaf.
 
Justeru, PCAK berusaha mendapatkan secara percuma kepada anak asnaf. Alhamdulillah ada yang sudi membantu.
 
Klinik Dr Amalina di Bandar Baharu Jelawat antara yang sudi membantu PCAK untuk memberi pekhidmatan percuma kepada anak asnaf berkhatan yang dibawa oleh PCAK.
 
Terima kasih Klinik Dr Amalina yang sudi membantu PCAK membantu golongan asnaf.

No comments:

Post a Comment