Sukaneka adalah sukan yang pelbagai jenis
diadakan pada satu-satu masa di tempat yang sama. Sukaneka diadakan lebih
kepada untuk berhibur, membentuk hubungan, mengasah kreativiti dan membina
keyakinan diri.
Biarpun pertendingan sukaneka juga menang
dan kalah, ia bukan satu matlama utama. Sebab itu, penyertaan dalam sukaneka
dilakukan secara santai untuk berhibur. Biasanya tidak ada latihan dan pasukan
khusus dibentuk untuk menyertainya.
Malah ada peserta yang kali pertama
mengetahui tentang permainan tersebut. Dengan sedikit maklumat mengenainya dan
dinyatakan tentang syarat-syarat pertandingan, peserta terus menyertai
pertandingan.
Sebab itu, sukaneka memang mendapat
sambutan setiap kali diadakan. Bukan sahaja peserta tunjukkan minat, tetapi
juga penonton. Sokongan dan sorokan penonton memang hebat setiap kali acara
sukaneka diadakan.
Acara sukaneka wajar dijadikan sebagai cara
memupuk semangat kebersamaan dalam aktiviti. Sesiapa pun boleh menjadi peserta mengikut
kategori ditetapkan.
No comments:
Post a Comment