Penduduk yang tinggal di sesebuah kawasan
yang diiktiraf sebagai negara dipanggil sebagai rakyat. Mereka hidup dalam rasa
keterjawaban dan mencintai negara serta tertakluk kepada satu sistem
pentadbiran yang ditetapkan.
Semua rakyat terikat kepada undang-undang
yang sama tanpa membezakan kedudukan, kekayaan, warna kulit dan faktor lain
yang dilihat sering dijadikan neraca pengukur di antara manusia.
Dalam sebuah negara Islam rakyat
dikategorikan kepada dua iaitu golangan muslim dan bukan muslim (kafir zimmi)
yang taat kepada pemerintah Islam. Kedua-dua golongan rakyat mendapat layanan
yang sama, kecuali dalam hal yang berkaitan dengan kedudukan seorang
Islam.
Kedudukan golongan muslim dijelaskan oleh
Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman
dan berhijrah serta berjihad dengan hara dan jiwanya pada jalan Allah dan
orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertoolngan (kepada orang-orang
Muhajirin) mereka itu satu sama lain lindung melindungi. Dan (terhadap) orang-orang
yang beriman tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikit pun
atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta
pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama,
maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia
di antara kamu dengan mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang
kamu lakukan.” (Surah al-Anfal: 72).
Ayat tersebut menjelaskan bagaimana bentuk
hubungan sesama Islam dalam sebuah negara dan hubungan dengan bukan Islam yang
berada di negara lain.
Muslim di dalam sebuah negara saling
menolong antara satu sama lain dalam urusan kenegaraan dan keselamatan serta
kepentingan bersama. Manakala dengan muslim di negara lain hanya terikat kepada
pertolongan jika hak mereka dalam soal agama diganggu.
Manakala kedudukan penduduk bukan Islam
tetap terjamin dan terpelihara hidup di dalam negara Islam. Mereka mengaku
untuk taat setia dan patuh kepada pemimpin negara Islam yang didiami tanpa
mengira tempat di mana dia dilahirkan.
Bagi warganegara bukan Islam, mereka diberi
jaminan perlindungan dan keselamatan di atas diri, harta, kebudayaan,
kepercayaan dan kehormatan diri sebagaimana warganegara beragama Islam.
Dalam hal ini, menurut Ibn Taimiyah,
seorang pemerintah muslim mestinya tidak mengikatkan diri secara kaku pada
suatu tafsiran Al-Quran tertentu, terutama dalam berbagai persoalan yang
sifatnya kontroversi.
Suatu pemikiran yang baik dapat diterima biarpun tidak selaras dengan empat mazhab hukum Islam. Ibn Taimiyah telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang sebahagiannya tidak menepati dengan salah satu dari mazhab-mazhab tersebut.
Kebebasan berpendapat itu dimaksudkan untuk
menyanggah padangan bahwa ulama “pemerintah” adalah para penentu keputusan
terakhir dalam berbagai masalah sekaligus ditujukan untuk membendung
kecenderungan untuk memonopoli proses pengambilan keputusan.
Berdasarkan dalil ini pula Ibn Taimiyah
tidak cenderung menerima keperluan jawatankuasa atau badan penentu undang-undang
dan pemilihan pemimpin seperti yang berlaku pada amalan khilafah tradisional.
Setiap rakyat tanpa mengira agama perlu
bersedia mempertahankan negara dalam semua keadaan, melakukan sesuatu yang
menyumbang kepada kesejahateraan, keharmonian dan kekayaan negara.
Dengan kata lain, semua rakyat perlu
berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan bersama tanpa mengira agama. Atas
dasar itu, orang bukan Islam tidak perlu ragu-ragu untuk memberi kesetiaan
kepada pemimpin Islam sepertimana jika mereka tinggal di negara bukan Islam
lain.
Sesungguhnya, di negara kita jelas
meletakkan hak kebebasan kepada rakyat bukan Islam untuk melaksanakan amalan
atau kepercayaan masing-masing sepertimana dinyatakan dalam Perkara 11.
Fasal 3 Perkara 11 memperuntukkan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Dengan kata lain, negara Islam tidak boleh
membezakan kedudukan dan hak rakyatnya dan ini terbukti dalam sistem
pemerintahan Islam di Malaysia.
Suatu pemikiran yang baik dapat diterima biarpun tidak selaras dengan empat mazhab hukum Islam. Ibn Taimiyah telah mengeluarkan fatwa-fatwa yang sebahagiannya tidak menepati dengan salah satu dari mazhab-mazhab tersebut.
Fasal 3 Perkara 11 memperuntukkan tiap-tiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
No comments:
Post a Comment