Fahaman Nihilisme bertunjungkan kepada
prinsip kebebabasan dan melihat apa yang mereka lakukan adalah betul. Demi
menjayakan matlamat, golongan ini sanggup melawan arus perdana dan hakikat
sebenar berkaitan sesuatu perkara.
Amalan itu ternyata tersasar dari landasan
kebenaran. Mereka sanggup melakukan apa saja demi menyatakan apa yang dilakukan
itu adalah benar. Mereka mengemukakan pendapat yang janggal dan tidak dapat
diterima oleh mereka yang berfikiran waras.
Nihilisme adalah sebuah pandangan
falsafah yang sering dihubungkan dengan Friedrich Nietzche (mati
1900 Masihi), seorang warganegara Jerman.
Fahaman Nihilisme mengatakan bahawa dunia ini dan kehidupannya tidak mempunyai
apa-apa makna. Maka, manusia boleh melakukan apa diingini tanpa terikat dengan
sistem moral dan undang-undang.
Memandangkan golongan Nihilisme melihat
dunia ini 'tiada' apa-apa, maka mereka menolak wujudnya pencipta, tidak ada
panduan agama atau peradaban yang perlu dipatuhi, hidup adalah seperti mana
yang dikehendaki. Mereka bebas melakukan apa saja mengikut kehendak hati atau
bersesuaian dengan keadaan semasa.
Mereka juga beranggapan, jika ada pihak
yang mengatakan adanya nilai moral yang perlu dipatuhi atau diikuti, maka itu
adalah abstrak. Perkara yang kabur dan boleh berubah-ubah. Ini berdasarkan
keyakinan bahawa setiap perkara yang diketahui atau ingin dilakukan tidak
bertentangan dengan apa yang sedia ada.
Dengan kata lain, golongan ini tidak
sekali-kali menerima pandangan pihak lain, kerana merasakan apa yang dilakukan
itu sebenarnya telah sama atau mengikuti apa yang pihak lain inginkan,
sedangkan hakikat sebenarnya ia adalah bertentangan sama sekali.
Istilah nihilisme pertama kali dicetuskan
oleh Ivan Turgenev dan diperkembangkan ke dalam dunia falsafah oleh Friedrich
Heinrich Jacobi (1743-1819).
No comments:
Post a Comment