Tuesday 14 June 2022

MAKSUD ‘BERAK’ DIALEK KELANTAN

 
Perkataan ‘berak’ (bukan bermaksud mengeluarkan najis) kerap digunakan di kalangan penutur dialek Kelantan merujuk kepada keadaan buah.

Perkataan ‘berak’ adalah berkenaan buah dalam keadaan mula hendak masak atau hampir matang.

Dalam keadaan tertentu, buah yang sudah ‘berak’ sudah boleh dipetik, kemudian diperam.

Buah yang sudah ‘berak’ sudah ada rasa manis masam yang boleh dimakan biarpun tidak masak sepenuhnya. Bahkan ada individu lebih berminat makan buah yang sudah ‘berak’ berbanding yang sudah benar-benar masak.

No comments:

Post a Comment