Membantu
biarpun sedikit adalah lebih baik berbanding tidak menyumbang langsung. Bantuan
yang sedikit mungkin besar ertinya kepada penerima.
Atas
dasar itu Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) tampil membantu mangsa
kebakaran, Che Esoh, di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu.
Biarpun
sumbangan itu tidak mampu mengembalikan rumah berserta kelengkapan yang
terbakar keseluruhan pada 19 Jun 2022, sekitar jam 04.50 petang itu, namun
diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.
Turut
musnah dalam kebakaran itu dua buah kereta dan sebuah motosikal. Tiada kecederaan
dialami oleh Che Esoh dan ahli keluarganya.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment