Di
muara Sungai Kelantan atau delta Sungai Kelantan terdapat banyak pulau yang dihuni
penduduk. Antara pulau berpenghuni ialah Pulau
Renjuna, Pulau Seratus, Pulau Beluru, Pantai Suri, Pulau Pantai Nik Mat, Pulau Dolah, Pulau Aur dan beberapa
pulau kecil lain.
Kesemua kawasan pulau tersebut tidak terdapat jambatan
menghubunginya dengan tanah besar sama ada dataran di sebelah jajahan Kota
Bharu, ataupun jajahan Tumpat.
Satu-satunya pengakutan ke pulau-pulau berkenaan ialah menggunakan
pengakutan air atau bot.
Terdapat dua jeti bot yang digunakan iaitu Jeti Kuala Besar dan
Jeti Kok Majid. Jeti Kuala Besar berada di sebelah jajahan Kota Bharu, dan Jeti
Kok Majid pula di sebelah jajahan Tumpat.
Mereka yang berkenderaan
ingin ke kawasan pulau akan meletakkan kenderaan di Jeti Kuala Besar atau Jeti
Kok Majid dan seterusnya menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan.
Bot
berkenaan akan singgah di jeti-jeti yang terdapat di pulau-pulau berkenaan
untuk mengambil atau menurunkan penumpang.
No comments:
Post a Comment