Setiap
apa kita lakukan akan mendapat pembalasan daripada Allah sama ada kecil atau
besar.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya
(seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat
zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari
sisi-Nya, pahala yang amat besar." (Surah an-Nisa, ayat 40)
Allah
SWT memberikan balasan-Nya dengan adil. Sesiapa berbuat dosa sebesar zarah maka
balasan terhadapnya juga sebesar zarah. Dan sesiapa berbuat kebajikan, Allah
SWT tidak hanya membalas, tetapi menambahkan balasan daripada rahmat-Nya dengan
gandaan tidak terkira.
Balasan
setiap perbuatan sama ada diterima di dunia dan di akhirat. Ada juga pembalasan
di dunia sahaja. Manakala perbuatan lain mendapat permbalasan di akhirat
sahaja.
Perbuatan
buruk yang mendapat pembalasan di dunia dinamakan kafarah atau kifarat.
Kafarah
itu mungkin sama seperti apa yang kita lakukan kepada orang lain. Atau mungkin
juga pembalasan buruk atau yang kita tidak suka dalam bentuk lain.
Kata
pujangga bagaimana kita lakukan begitulah kita akan diperlakukan. Apa yang kita
tanam, kita akan mendapat hasil mengikut benih yang ditanam itu.
Justeru,
berhati-hatilah melakukan perbuatan buruk terhadap orang lain. Kelak perbuatan
itu akan terkena pula kepada diri kita.
No comments:
Post a Comment