Filem
'Sri Mersing' (1961) arahan Salleh Ghani yang antara lain dibintangi Nordin
Ahmad dan Roseyatimah cukup terkenal dan masih mendapat sambutan sehingga
sekarang setiap kali ditayangkan di televisyen. Sri Mersing berlatar
belakangkan kisah yang berlaku di Mersing.
Mersing merupakan
salah satu daerah di Johor. Daerah ini mempunyai keluasan 2836.6 kilometer
persegi. Bandar Mersing adalah pusat pentadbiran bagi daerah Mersing. Bandar
Mersing terletak 128 km dari bandar Johor Bahru.
Mersing
juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau pelancongan yang berada di
sekitar perairannya. Pulau terkenal di Mersing ialah Pulau Tioman, selain Pulau Sibu, Pulau Tengah dan beberapa nama pulau lain.
Mengikut
sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar iaitu
Mohd Salleh bin Perang. Cerita lisan mengenai nama Mersing yang dikatakan sempena
nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah
melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Nama
Mersing juga dikaitkan dengan bahasa Hokkien yang bererti ‘muara’. Sekitar
1880-an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang. Maka wujud
di situ masyarakat Cina yang menyebutnya 'mersing'.
Secara
umumnya, bandar Mersing yang terletak di muara Sungai Mersing bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan. Namun kebelakangan ini, industri pelancongan
telah berkembang pesat di Mersing yang membawa limpahan aktiviti ekonomi ke
daerah berkenaan.
No comments:
Post a Comment