Bekalan
darah yang dermakan oleh penderma sukarela sentiasa berada di tahap kritikal. Pusat
Darah Negara sentiasa mengadakan menyeru orang ramai agar tampil untuk menderma
darah secara sukarela di mana-mana hospital di seluruh negara.
Biarpun
kesedaran orang ramai untuk menderma darah secara sukarela semakin meningkat
hasil kempen dan kesedaran orang ramai tentang peri penting bekalan darah untuk
digunakan kepada mangsa yang memerlukan pemindahan darah untuk menyelamatkan
nyawa dan meneruskan kelangsungan hidup.
Selain
kempen menderma darah yang diusahakan secara langsung oleh pihak Unit Tabung
Darah dan Unit Perubatan Transfusi Darah yang diadakan secara tetap di hospital,
kempen menderma darah dianjurkan oleh pihak luar seperti pasukan beruniform, pelajar
pusat pengajian tinggi, pihak swasta, NGO dan sebagainya amat membentu dalam menambah
bilangan penderma darah sukarela.
Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Negeri Kelantan antara pihak yang sering mengadakan
kempen menderma darah di kalangan ahli dan orang ramai. Program diadakan dengan
kerjasama pihak tabung darah hospital berhampiran tempat kempen dijalankan.
Pihak
PBSMM Negeri Kelantan menyeru agar lebih ramai ahli dan orang ramai tampil menderma
darah setiap kali kempen yang diadakan pihaknya.
Kriteria
penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara:
-
Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
-
Penderma berumur;
+
17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
+
di antara 18 hingga 60 tahun untuk penderma yang kali pertama menderma.
+
di antara 18 hingga 70 tahun untuk penderma yang pernah menderma (penderma
berulang).
+
Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada
doktor mengenai tahap kesihatan badan.
-
Bert badan melebihi 45 kg.
-
Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
-
Tiada masalah kesihatan.
-
Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
-
Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari
pendermaan.
-
Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
-
Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut;
+
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
-
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
+
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
+
Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
+
Mengambil dadah secara suntikan..
+
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
-
Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh
(whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
-
Untuk penderma wanita:
+
Tidak mengandung.
+
Tidak datang haid.
+
Tidak menyusukan anak.
Jika
anda menepati atau memenuhi kriteria seperti di atas, anda dipelawa untuk
menderma darah. Sila hadir di Unit Darah di mana-mana hospital di seluruh
negara.
Derma
darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan
pendermaan aferesis.
Derma
darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya
diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat
biofarmaseutikal melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan
komponen seluruh darah).
Derma
darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus
(dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses
pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.
Menderma
adalah agak selamat, tetapi beberapa penderma mungkin mendapat tanda lebam di
mana jarum dimasukkan atau mungkin merasa letih.
No comments:
Post a Comment