Tandatangan adalah lambang identiti
seseorang individu yang digunakan dialam urusan kerja rasmi, transaksi
kewangan, karya seni dan sebagainya. Setiap orang mempunyai cara tandatangan
yang tersendiri dan terdapat pelbagai cara dan kaedah dalam menciptanya untuk
disesuaikan dengan ciri-ciri peribadi seseorang itu.
Tandatangan boleh juga dianggap satu seni
yang mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri terutama apabila
diadun berasaskan kaligrafi atau seni tulisan cantik, sama ada menggunakan tulisan
atau aksara Rumi/Latin mahupun Jawi/Arab (seni khat).
Pada pertama kali belajar membuat tandatangan,
kita pasti melihat contoh tandatangan milik kakak, orang tua, atau guru di
sekolah untuk mencari dasarnya. Setelah itu, kita akan terus berlatih hingga
mempunyai satu tanda tangan yang menurut kita paling bagus.
Menariknya, terkadang tandatangan itu ada
yang berubah-ubang mengikut umur. Hal ini wajar kerana sedang mencari jati
diri. Perubahan pola berfikir, wawasan dan rujukan baharu memberi gerak hati untuk
mengubah bentuk tandatangan sendiri hingga menemukan satu yang kekal sebagai
identiti diri.
Tandatangan sudah ada sejak ribuan tahun
yang lalu. Tepatnya pada tahun 3100 Sebelum Masihi di sebuah permukaan tanah
liat yang ada di Mesopotamia. Penemuan lain tentang tandatangan ada di Jepun pada
57 Sebelum Masihi. Ketika itu, bangsa Jepun sudah menggunakan tandatangan “hanko
seal” untuk keperluan merasmikan dokumen.
Tandatangan dapat dijadikan sebagai bukti
bahawa pemiliknya telah melakukan satu persetujuan atau mengesahkan mengenai
hal tertentu. Disebabkan tandatangan itu unik, maka ia boleh dianggap mewakili
pemiliknya. Dengan kata lain, seseorang boleh menggunakan tandatangan untuk
membuktikan pemiliknya sudah menyetujui suatu kesepakatan.
Tandatangan juga berfungsi sebagai pembezaan
antara seseorang dengan yang lainnya. Kalau hanya mengandalkan nama untuk
membuktikan pengesahan suatu dokumen, maka kebenarannya tidak terlalu kuat.
Maka itu, perlu ditambahkan tandatangan
agar dokumen tersebut tidak tertukar dan memiliki perbezaan dengan yang lain.
Sebab tandatangan setiap orang pasti berbeza-beza.
No comments:
Post a Comment