Menjadi pemimpin bukan mudah. Tidak
kisahlah pemimpin negara, negeri, kampung mahupun pertubuhan bukan kerajaan
(NGO). Semuanya perlukan perngorbanan dan kesungguhan. Pada masa sama tidak
kurang juga ada pihak yang tidak suka apa yang dilakukan itu.
Inilah suka duka yang ditempuhi Pengerusi
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK), Fazliyaton Daud. Demi membantu asnaf,
dia gigih melakukan banyak usaha untuk mendapat dana.
Kebanyakannya dana adalah diperoleh daripada
pemyumbang yang menjadikan PCAK sebagai saluran memberikan bantuan kepada
asnaf. Ada yang menyumbang wang tunai dan tidak kurang juga yang menyediakan
barang keperluan yang diperlukan asnaf.
Selain itu, dia juga mengusahakan trnakan
madu kelulut di sekitar kawasan rumahnya di Kampung Rusa, Jelawat, Kelantan.
Hasil jualan madu kelulut yang dituai disumbangkan kepada tabung asnaf. Usaha yang dilakukan sejak tiga tahun lalu
selalu mendatangkan hasil yang baik dan sudah ada pelanggan tetap yang
membelinya.
Satu lagi usaha yang dilakukan Fazliyaton ialah
mempromsikan kraf tangan anyaman kercut dengan kerjasama penduduk kampung.
Usaha itu dapat mempromosikan kraf tangan yang semakin dilupakan itu.
Usaha yang dilakukan kini membuahkan hasil
apabila permintaan terhadap hasil kraf tangan anyaman kercut semakin mendapat
permintaan. Sambutan itu bermakna dapat memberi pendapatan lebih kepada
penduduk yang menghasilkan kraf tangan kercut itu.
Kini ayaman kercut telah dipasarkan secara
meluas di luar Kelantan. Sambutan amat menggalakkan. Hasil jualan itu, selain dinikmati
oleh pengusaha kercut, hasil keuntungan juga dimasukkan ke dalam dana untuk
asnaf.
Semoga usaha murni ini terus mendapat sokongan
dan dokongan semua pihak yang ingin membantu meningkatkan pendapatan hasil
anyaman kraf tangan kercut dan ia juga dapat disalurkan kepada asnaf.
Gambar - Fazliyaton Daud (paling kanan)
xxx
Adakalanya Allah SWT tangguhkan sesuatu untuk diberikannya pada masa yang lebih tepat. Adakalanya Allah SWT hilangkan sesuatu daripada kita untuk digantikan yang lebih baik berbanding apa yang hilang. Jangan pernah berhenti dakwah dan berjuang serta bertawakkal kepadanya.
No comments:
Post a Comment