Repelling dan abseiling adalah satu
aktiviti menuruni suatu tempat yang tinggi dengan menggunakan tali. Namun ada perbezaan antara repelling dengan
abseiling.
Penurunan yang mempunyai platform (tempat
berpijak ) disebut sebagai repelling. Contohnya, turun dari atas
menara yang ada dinding untuk tempat berhenti seketika sebelum turun
seterusnya. Kawalan kelajuan pergerakkan turun dikawal melalui kaedah kawalan
tali. Aktiviti menuruni tebing curam menggunakan tali juga sebahagian
repelling.
Penurunan yang tidak mempunyai platform
(tempat berpijak) disebut sebagai abseiling. Abseiling adalah satu kemahiran
menggunakan tali untuk turun secara menegak dari kawasan tinggi seperti gunung,
air terjun, jambatan mahupun helikopter.
Gambar -
FB 8 Briged
No comments:
Post a Comment