Monday, 11 December 2023

SERINDIT BANYAK BERJALAN BERBANDING TERBANG

 
Serindit adalah sejenis burung nuri dari genus Loriculus. Ia adalah merupakan sekumpulan nuri kecil yang berasal dari kawasan tropika selatan Asia. Burung serindit termasuk jenis burung paruh bengkok.
 
Serindit mempunyai saiz sekitar 13 sm (5 in) panjang, kebanyakkan bulunya berwarna hijau dan berekor pendek. Biasanya warna di kepala burung serindit membantu bagi mengenal pasti spesiesnya. Serindit serindit merupakan sejenis burung yang unik kerana keupayaannya untuk tidur dengan kedudukan terbalik (iaitu kepala di bawah).
 
Burung srindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.
 
Jantung burung ini terdiri daripada empat bilik seperti jantung manusia. Bilik atas dikenali sebagai atrium, sementara bilik bawah dikenali sebagai ventrikel
 
Burung srindit hidup secara berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan berbanding terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, bijian dan pelbagai jenis serangga kecil.
 
Burung serindit membiak dengan cara bertelur. Burung serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.

No comments:

Post a Comment