Nama Pantai Bisikan Bayu cukup terkenal di Kelantan, khususnya di kalangan
penduduk jajahan Pasir Putih. Kawasan pantai peranginan yang juga dikenali
Pantai Semerak dan Pantai Dalam Rhu sudah lama terkenal di Kelantan.
Pantai Bisikan Bayu terkenal dengan keindahan pantai dan suasana damai
itu menjadi tumpuan pengunjung dari Kelantan dan Terengganu pada setiap hujung
minggu dan cuti umum.
Pantai
Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di
Pasir Puteh. Lokasinya terletak kira-kira 16
kilometer dari bandar Pasir Puteh.
Manakala
jarak Pantai Bisikan Bayu dengan sempadan Kelantan Terengganu adalah kira-kira
dua kilometer dan empat kilometer dari pusat pekan Kuala Besut. Jarak dari Kota
Bharu pula kira-kira 50 kilometer.
Di
kawasan pantai ini terdapat sebuah resort yang cukup terkenal iaitu Tok Aman
Bali Beach Resort.
Pantai
Bisikan Bayu mendapat namanya dari bunyi angin laut yang lembut
seakan berbisik apabila bergesek dengan dedaun pohon rhu yang pada masa dahulu
menghiasi kawasan tepi pantai sungai berdekatan (kini sungai tersebut bertukar
menjadi lagun).
Selain tertarik dengan kecantikan pantainya, Pantai Bisikan Bayu semakin
terkenal di Kelantan kerana hasil pembangunan yang dibawa melalui Projek
Kemasin Semerak yang telah banyak mengubah landskap di kawasan daerah Pasir
Putih dan Bachok.
Kemudahan jalan raya, jambatan dan projek pembangunan lain turut
menyokong aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.
Kemudahan jalan raya memudahkan pengunjung datang ke sesuatu tempat.
Dahulu pengunjung ke Pantai Bisikan Bayu hanya boleh menggunakan jalan raya
Pasir Putih - Kuala Besut yang agak sempit dan mengambil jarak jauh.
Bagaimanapun, setelah jalan baharu Tok Bali - Kuala Besut siap dibina,
pengunjung dapat menggunakan untuk ke Pantai Bisikan Bayu dengan lebih selesa.
Jalan raya Tok Bali - Kuala Besut kini telah menjadi laluan utama
penduduk Kota Bharu dan Bachok yang hendak ke Besut dan daerah lain di
Terengganu. Ini secara langsung juga menjadikan Pantai Bisikan Bayu semakin
lekat di hati penduduk Kelantan dan Terengganu.
Tambahan pula, Pantai Bisikan Bayu semakin menarik dan menawarkan lebih
banyak pilihan untuk pengunjung berbanding sebelumnya. Pembinaan jalan raya
yang merentasi Sungai Semerak telah membentuk lagun yang menarik. Selain itu,
tempat menarik lebih luas dan banyak pilihan.
No comments:
Post a Comment