Ambo sudah banyak kali melihat kanak-kanak
ini didokong atau dipangku oleh sama ada ibu atau bapanya di majlis-majlis
parti. Kedua-dua ibu bapanya adalah aktivis parti. Malah, datuk, nenek dan ibu
saudaranya juga menjadi aktivis parti yang sama.
Memandangkan hampir kesemua ahli keluarganya
adalah aktivis parti dan menyertai program parti secara bersama, kanak-kanak
ini akan dibawa bersama-sama. Tidak kisahlah program di dalam dewan, di kawasan
terbuka dan di mana-mana sahaja asalkan ia tidak membahayakan keselamatan
kanak-kanak tersebut.
Mungkin sudah terbiasa, kanak-kanak
tersebut dilihat ‘selesa’ berada di mana-mana sahaja. Senyum dan ketawa. Kalau
lapar diberikan makan. Jika letih dan hendak tidur, akan ditidurkan di pangkuan
ibu atau bapanya, atau di tempat yang sesuai untuk dia berehat seketika.
Semoga anak ini mengerti erti sebuah
perjuangan yang dilakukan ibu dan bapanya, serta seluruh ahli keluarganya demi
melahirkan satu negara bangsa yang berdaulat, aman dan maju yang bakal
diwariskan kepadanya nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment