Monday, 4 April 2022

PCAK SERAH SUMBANGAN KEPADA PENARIK BECA

 
Di Kota Bharu masih terdapat penarik beca (dielek Kelantan ‘pegatih teksi’) yang melakukan aktiviti membawa penumpang ke destinasi tertentu.

Golongan ini disantuni oleh Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) melalui satu program penyerahan bantuan makanan kering.

Seramai 25 orang penarik beca disantuni bertempat di pekarangan Bazar Tengku Anis, berhampiran Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

PCAK dipertanggungjawabkan oleh individu untuk mengagihkan kepada penerima yang selayaknya.

Ada juga boleh menjadi salah seorang yang menyerahkan amanah kepada PCAK. Pihak PCAK ada senarai penerima yang telah dikenal pasti layak untuk menerima sedekah mahupun zakat.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

Bantu kami untuk membantu orang lain. Dengan sumbangan anda memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.  

No comments:

Post a Comment