Tuesday, 4 January 2022

LIBATKAN ANAK DENGAN AKTIVITI DI RUMAH

Di rumah adalah institusi pendidikan pertama anak-anak. Malah, mereka akan terus melalui proses belajar di rumah biarpun telah dewasa melalui aktiviti kekeluargaan. Setiap ahli keluarga selain ‘mendidik’ ahli keluarga yang lain.

Mengajar anak-anak anda untuk membuat kerja rumah bukan sahaja akan meringankan beban anda, tetapi ia juga mengajar mereka mengenai kemahiran hidup yang penting dan, pengajaran hidup yang berharga dan seterusnya memudahkan peralihan mereka kepada kedewasaan nanti.

Mengajar kanak-kanak tentang tanggungjawab dan pengurusan masa sama penting dengan memberi mereka pedidikan formal di sekolah. Tanpa dirikan tentang tanggungjawab, mereka akan hilang arah dalam membina kehidupan yang baik.

Kerja-kerja rumah boleh memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa terdapat kerja-kerja yang harus dilakukan untuk mengekalkan keselesaan tinggal di rumah, memenuhi keperluan harian, melaksanakan tanggungjawab dan sebagainya.

Mengajar kanak-kanak tentang kebersihan dan menghormati harta benda (sama ada harta benda sendiri atau harta benda orang lain).

Salah satu cara terbaik untuk membina kecekapan dalam diri mereka ialah dengan memberi peluang mereka melakukan apa yang kita lakukan.  Lakukan tugasan secara bersama dengan bimbingan yang sepatutnya.

Mereka akan berasa bangga dengan diri mereka apabila dapat menyiapkan sesuatu kerja rumah dan berjaya melakukannya dengan baik biarpun kita perlu banyak membantu.

Kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa adalah untuk membuat anak-anak melakukan kerja rumah.

Kanak-kanak akan cuba mengelak daripada melakukan sebarang jenis tugas atau kerja yang diberikan kepada mereka dengan cara melawan, atau membuat kecoh dan bergaduh.

Kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk untuk melayan kerenah anak-anak yang degil dan akhirnya mereka sendiri yang akan melakukan kerja-kerja itu dan bukannya anak-anak mereka.

Hal ini berpunca ia tidak dilatih semenjak awal lagi. Latihan perlu dimulakan sejak mereka kecil lagi, mengikut kemampuan dan kefahaman mereka terhadap tugas itu.

Jika dimula sejak awal, umpama melentur buluh bermula dari rebung, perkara ini akan menjadi mudah. Mereka akan melakukan tugas tanpa perlu disuruh. Alah bisa tega1 biasa.

No comments:

Post a Comment