Monday, 21 June 2021

PARLIMEN BERSIDANG SELEPAS RAKYAT DIVAKSINKAN?

Apabila UMNO memberi kata dua agar Parlimen bersidang dalam tempoh 14 hari, maka ada pihak mengatakan itu tindakan terdesak sangat hendak bersidang.

Dalam satu catatan di media maya: “Tak habis2 berebut kuasa... apa yang desperate sangat nak sidang Parlimen, ntah la. Bagi je la rakyat divaksinkan dulu, pentingkan nyawa rakyat atau pentingkan kuasa?

“Kenapa tak boleh tunggu sampai rakyat divaksinkan terlebih dahulu? kenapa nak kelam kabut?”

Ini bukan hendak berebut kuasa. Pada masa sekarang amat penting Parlimen bersidang bagi membincangkan masalah yang berlaku sekarang.

Parlimen boleh bincangkan apa bentuk tindakan yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat. Keputusan sebulat suara di Parlimen amat penting agar sesuatu keputusan atau tindakan kerajaan tidak dimanipulasi.

Satu persoalan, kenapa ada yang takut sangat Parlimen bersidang? Kalau hendak dikatakan membahayakan ahli Parlimen dijangkiti Covid-19, rasanya semua Ahli Parlimen sudah divaksinkan.

Kalau tidak pergi ke Parlimen, Ahli Parlimen memang setiap hari ke sana dan ke sini menjalankan tugas di kawasan masing-masing.

Jadi, isunya sekarang bukan gila hendak berkuasa, tetapi takut hilang kuasa.

No comments:

Post a Comment