Tuesday, 8 June 2021

MASALAH SIANG IKAN KELI BERUKURAN BESAR

Ikan keli yang dibeli di pasar biasanya berukuran kurang 30 cm. Kalau berukuran lebih 30 cm tu dikira ukuran besar dan kurang diminati pembeli.

Keli berukuran kecil lebih sedap rasanya, selain mudah untuk disiang dan seterusnya digulai atau digoreng.

Peniaga restoran juga suka keli berukuran kecil kerana mudah untuk digoreng seekor terus tanpa dipotong.

Kalau keli berukuran melebih 70 cm, itu sudah dikira ukuran lebih besar. Tidak banyak keli berukuran tersebut dijual.

Keli sebesar tersebut cukup untuk makan satu keluarga, sama ada digoreng atau digulai.

Kerana terlebih besar, masalah utama ialah cara hendak siang. Kena guna lebih tenaga, selain pisau yang tajam.

Sebab itu, tugas ini perlu dilakukan oleh lelaki. Lebih tenaga dan tangan yang kuat.

Perlu kekuatan tangan untuk keluarkan insang dan kemudian dikerat mengikut ukuran yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment