Perubahan
angin monsun timur laut atau dikenali sebagai angin timur di negeri Kedah menyebabkan
harga ikan meningkat sejak dua minggu lalu.
Tinjauan
di Pasar Besar Alor Setar, Kedah mendapati harga ikan temenung atau kembung
naik sehingga RM12 sekilogram.
Turut
mengalami kenaikan beberapa jenis ikan lain seperti tongkol dan selayang.
Malah,
harga ikan temenung pernah naik sehingga RM16 sekilogram beberapa hari lalu
berikutan bekalan ikan itu berkurangan.
Hari
ini turun kepada RM12 sekilogram tetapi masih tinggi kerana sebelum ini ia
dijual hanya RM6 sekilogram, selain itu ikan selayang naik kepada RM6 daripada
RM3 sekilogram dan ikan tongkol RM13 berbanding hanya RM8 sekilogram.
Bagaimanapun,
harga ketam turun kepada RM25 berbanding RM35 sekilogram kerana bekalannya
semakin banyak.
Manakala
harga kerang besar meningkat daripada RM10 kepada RM13 sekilogram sejak
beberapa minggu lalu.
Harga
sotong besar pula mencecah RM25 sekilogram berbanding hanya RM22 sebelum ini.
Jelas
sekali harga ikan dan keperluan lain bergantung kepada permintaan dan penawaran.
Apabila bekalan berkurangan sedangkan permintaan masih tinggi, maka harga akan meningkat.
Ketika bekalan meningkat, sedangkan permintaan masih sama, maka harga akan turun.
No comments:
Post a Comment