Wednesday, 9 September 2026

JAMBATAN BATU 6 NENGGIRI

 
Jambatan Batu 6 Nenggiri.  Projek bernilai RM9.3 juta tersebut menggantikan jambatan sedia ada yang seringkali ditenggelami banjir. Jambatan lama berada di atas sedikit paras air dan bila-bila boleh tenggelam dan tak boleh digunakan sekiranya hujan lebat. Dalam keadaan biasa, jambatan itu boleh dilalui kenderaan kecil sahaja.  

Pembinaan jambatan baharu ini amat penting dalam meningkatkantaraf sosio ekonomi penduduk, memudahkan pengeluaran hasil pertanian ke pusat-pusat pemasaran dan perniagaan. Laluan ini merupakan laluan utama kira-kira 200 orang penduduk untuk ke bandar Gua Musang. 

Projek tersebut dilaksanakan secara tender terbuka dan merupakan projek milik Kementerian Kemajuan Desa  dan Wilayah  (KKDW), manakala Jabatan Kerja Raya merupakan agensi pelaksana projek. 

Syarikat Libertium Construction Sdn Bhd selaku kontraktor yang bertanggungjawab membinanya. Projek bermula akhir tahun 2024 dan majlis penyerahan projek siap telah dilakukan pada 9 September 2026. 

No comments:

Post a Comment