Wednesday, 16 April 2025

KANDUNGAN JELEK BAWA PADAH

 
Banyak pengguna media sosial yang membuat kandungan bersifat jelek, fitnah dan provokasi di media sosial dengan harapan mendapat banyak pengikut, komen, kongsi dan tanda suka.
 
Berhati-hatilah, kerana perbuatan itu boleh menyebabkan seseorang dituduh dalam beberapa kesalahan, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Kanun Keseksaan
 
Kandungan yang dikategorikan sebagai jelek dengan niat menyakitkan hati boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 233 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih setahun dan denda tak lebih RM50k atau kedua-duanya sekali.
 
Tidak setuju dengan apa jua isu, tiada masalah. Tulis atau bercakaplah dengan fakta tanpa perlu memberi gelaran jelek, menghasut dan fitnah. 

No comments:

Post a Comment