Tuesday, 4 February 2025

MAJLIS KENDURI KAHWIN DI RUMAH LEBIH MERIAH

 
Majlis jamuan perkahwinan atau walimatulurus diadakan bagi meraikan pengantin baru dan ahli keluarga, serta sanak saudara dan kenalan. 

Dahulu, urusan persiapan dan pengendalian jamuan perkahwinan diadakan secara rewang atau gotong-royong melibatkan ahli keluarga dan sanak saudara. Namun, sekarang amalan itu semakin jarang dilakukan kerana persiapan makanan dilakukan melalui khidmat penyedia makanan.
 
Satu lagi perbezaan ketara adalah lokasi majlis jamuan perkahwinan kini berpindah dilakukan di dewan, resort dan hotel. Kononnya lebih selesa, mudah dan ada kelas. Soal bayaran tolak tepi.
 
Namun, masih ada yang menjadikan rumah sebagai lokasi majlis jamuan perkahwinan, kalaupun makanan disediakan oleh khidmat penyedia makanan.
 
Majlis di rumah sebenarnya lebih meriah. Suasana kekeluagaan lebih terserlah. Malah perasaan gembira tergambar di wajah masing-masing.
 
Biarpun, keadaan agak sempit dan tidak selesa (di rumah yang sempit), namun itu tidak sekali-kali mencacatkan majlis.
 
Tetamu datang hendak meraikan pengantin dan keluarga, akan menerima seadanya apa juga keadaan dan situasi.
 
Diperhatikan mana-mana majlis yang diadakan di rumah lebih meraih dan semula jadi. Ada nilai-nilai yang asli dan mencerminkan kepuasan menghadiri majlis tersebut.
 
Sebaliknya, majlis di dewan dan hotel nampak seperti kaku dan hilang seri biarpan dihias dengan canitk berasaskan tema dan diuruskan pakar perancang acara.
 
Gambar -  Majlis kenduri di rumah Rudhiah binti Ab Ghani di Kampung Lapang Pari meraikan perkahwinan anaknya Nurul Shakirah binti Shaifuddean dengan pasangannya Muhamad Faez bin Hassan.

No comments:

Post a Comment