Friday, 29 November 2024

TANGGA MENJADI PENGUKUR PARAS AIR

 
Tangga dijadikan pengukur paras air. Itu kebiasaan diamalkan penduduk di Kelantan untuk mengetahu paras air di kawasan rumah masing-masing ketika musim banjir. Penggunaan tangga digunakan untuk menentukan sama ada air semakin naik atau turun.
 
Tangga dijadikan pengukur atau tempat untuk melihat takat air kerana ia berada di hadapan rumah. Setiap kali membuka pintu untuk meninjau air hujan, maka tentu sekali melihat anak tangga juga.
 
Jadi, dengan melihat anak tangga, maka dapat mengetahui kedudukan paras air semasa, sama ada naik atau turun.
 
Tangga juga dijadikan “sejarah” untuk mengingati ketinggian atau kedalaman air banjir setiap tahun. Contohnya, tahun lepas kedalaman sekadar satu anak tangga sahaja atau tidak sampai ke anak tanggapun.

No comments:

Post a Comment