Friday, 20 May 2022

TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN FIKIRAN POSITIF

 
Kehidupan kita tidak sama dengan orang lain. Maka, jangan kita rasa bersedih jika kita tidak mendapat atau yang orang lain ada. Teruskan kehidupan ini dengan seadanya. Apa yang penting kita terus melakukan kebaikan sebagai bekal di akhirat.

Ingatlah, pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yang sama. Kitalah menentukan sama ada menghargai masa atau sebaliknya.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantu membawa sebahagian barang/wang. Beg yang mahal tidak tentu juga membawa barang yang berharga.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50 meter persegi atau 5,000 meter persegi, kesepian yang kita alami tetaplah sama tanpa orang lain bersama kita. Apa yang penting hidup ini didampingi orang disayangi dan menyayangi.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yang sama. Bahkan, jika kecelakaan berlaku pada masa penerbangan itu, semua akan mengalaminya tanpa mengira harga tiket yang dibayar.

Sesungguhnya, kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi. Kitalah menentukan siapa kita dalam kehidupan ini. Kita akan rasa bahagia jika kita berasa ingin bahagia. 

Jadikan orang di sekeliling kita sebagai sumber kebahagiaan. Melihat orang lain bahagia juga sumber kebahagiaan kita. Membuat orang lain bahagia juga akan membahagiakan kita. 

Jangan dengki dengan apa orang lain miliki. Usah bimbang kalau-kalau orang lain akan meragut kebahagiaan kita. Kerana kebimbangan itu adalah peragut kebahagiaan.

No comments:

Post a Comment