Sunday 5 September 2021

SEJARAH VAKSIN CACAR

 
Cacar adalah penyakit virus yang mudah berjangkit yang berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pada kulit.

Pada zaman sekarang, penyakit cacar sememangnya sangat umum menjangkiti masyarakat kita kerana jangkitan ini mudah merebak.

Penyakit cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan penyakit cacar api.

Penyakit cacar air atau lebih dikenali sebagai ‘chickenpox’ ini merupakan satu penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus. 

Virus tersebut bernama ‘varicella zoster’. Virus ini selalunya menjangkiti golongan muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Namun ia juga boleh menjangkiti golongan dewasa.

Penyakit cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.

Sebenarnya sejarah penyakit cacar sudah lama. Dalam sejarah penyakit manusia, cacar antara penyakit yang merebak di seluruh dunia sehingga ia dianggap sebagai satu konspirasi pihak-pihak tertentu.

Peperangan melawan cacar dapat diredakan apabila pada tahun 1798, apabila doktor Edward Jenner telah menemui vaksin untuk penyakit ‘cacar lembu’.

Kajian mengenai vaksin itu dimulai pada 14 Mei 1796, apabila Jenner memindahkan cairan cacar dari seorang pengidap cacar lembu ke kedua lengan James Phipps, seorang anak lelaki tukang kebunnya yang berusia lapan tahun.

Percubaan Jenner itu berjaya apabila Phipps bukan sahaja selamat, bahkan beliau tidak dijangkiti cacar lembu yang sedang merebak kepada ketika itu.

Tindakan itu menjadi sejarah vaksinasi pertama di dunia.

Melalui kejayaan percubaan itu, Jenner telah mempertingkatkan penyelidikan dan penyediaan vaksin yang lebih baik. Tahun 1798 dianggap sebagai tahun penggunaan vaksin pertama di dunia.

Namun, penyakit cacar itu sendiri berubah dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk dihapuskan sepenuhnya dalam kamus kehidupan manusia.

Sebab itu, cacar masih wujud, tetapi dengan terkawal.

Gambar: mangsa cacar.

No comments:

Post a Comment