Verbatim
(kata demi kata mengikut betul-betul apa yg dituturkan atau dituliskan) Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi di akhir mesyuarat MKT secara maya pada 7 Julai 2021.
"....
Pandangan daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi. Terdapat 25 daripada kita yang
telah memberikan padangan dan pandangan itu dijadikan panduan untuk membuat
keputusan pada malam ini.
“Pada
waktu yang sama, saya telah berjumpa setiap individu ahli Majlis Tertinggi
kecuali YB Datuk Zahidi Zainal Abidin, saya anggap beliau tidak bersetuju atas
pernyataan yang beliau tulis dan siarkan melalui media.
“Saya
sebutkan bahawa Datuk Aidirah Bt Datuk Seri Abu Zahar memohon beliau berkecuali
dan tidak menyokong dan begitu juga Datuk Seri Tajuddin Rahman, beliau minta
KIV dan itu juga saya anggap tidak menyokong.
“Dalam
keadaan itu terdapat 2 orang lagi yang bersetuju tetapi subject to keputusan
PAU, Majlis tertinggi malam ini dan juga soal timing.
“Kesimpulan
yang saya perolehi daripada 56 Ahli-ahli Majlis tertinggi, daripada 56 Ahli
Majlis Tertinggi terdapat 46 yang dipilih dan dilantik manakala 10 yang turut
hadir, ertinya 56.
“Daripada
56 yang telah menyokong tanpa syarat ialah 35 orang. Yang menyokong bersyarat
15 orang. Jumlahnya 50. Terdapat 1 yang tidak menyokong, sorang KIV, sorang
terkecuali dan jumlahnya semua sebagaimana yang saya sebutkan tadi.
“Oleh
kerana malam ini kita dapati bahawa 35 menyokong tanpa syarat dan selainnya
menyokong bersyarat dan berkecuali dan KIV sebagainya, saya merasakan bahawa
apa yang kita lakukan ialah membuat keputusan. Setiap mesyuarat mesti membuat
keputusan.
“Keputusan
yang pertama, kita memberi kuasa kepada ahli-ahli Parlimen UMNO bahawa apabila
persidangan Parlimen dijalankan dan ketika ada agenda pengundian, samada
pengundian percaya atau tidak percaya, kita serahkan kepada budi bicara yang
berhormat ahli2 parlimen untuk membuat keputusan di Parlimen. Sebagaimana yang
dihasratkan ketika saya menghadap Tuanku.
“Untuk
itu, parti membuat keputusan bahawa parti menarik sokongan kepada Yang Amat
Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ini adalah
keputusan parti namun keputusan untuk Ahli-ahli parlimen adalah bukan keputusan
yang telah saya sebutkan pada awal tadi.
“Yang
ketiga, kita memberikan keabsahan bahawa penangguhan pemilihan UMNO selama 18
bulan telah diterima oleh 52 ahli-ahli majlis tertinggi daripada 56 mengikut
fasa 10.16 perlembagaan UMNO maka dengan itu, mesyuarat cawangan bahagian dan
perhimpunan Agong diadakan mengikut peraturan yang sedia ada. "
No comments:
Post a Comment