Jawatan Perdana Menteri gugur melalui empat cara. Pertamanya perdana menteri sendiri meletak jawatan tersebut pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Keduanya ialah apabila perdana menteri
hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Rakyat disebabkan oleh hukuman mahkamah
(setahun penjara atau denda RM2000 atau kedua-duanya sekali), gila atau muflis.
Ketiga ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan. Bagaimanapun, perdana menteri boleh mengekalkan jawatannya sehingga perdana menteri baru dilantik selepas pilihanraya umum diadakan.
Ketiga ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan. Bagaimanapun, perdana menteri boleh mengekalkan jawatannya sehingga perdana menteri baru dilantik selepas pilihanraya umum diadakan.
Keempat, apabila mendapat undi tidak percaya
sekurang-kurangnya satu perdua di kalangan ahli Dewan Rakyat agar dia
diberhentikan atau meletak jawatan. Ia juga bermaksud perdana menteri
tidak lagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya satu perdua ahli Dewan Rakyat
sepertimana membolehkan dia dilantik sebagai perdana menteri.
Berlainan pula dengan kuasa untuk memecat timbalan perdana menteri dan menteri. Perkara 43 Fasal 5 menjelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong boleh membatalkan perlantikan menteri, yang termasuk jawatan timbalan perdana menteri.

No comments:
Post a Comment