Hari
kelima belas adalah hari bulan penuh. Menyerikan lagi bulan purnama dihiasi dengan
tanglung dan lampu.
Mengapa
memasang tanglung dan lampu pada Hari Chap Goh Meh? Pada tahun 180 Sebelum
Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja
Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan.
Hari
itu kebetulan 15 hari bulan Tahun Baru Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut,
Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk
lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut
diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu
tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk
seperti gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan binatang.
Sekarang
teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser,
kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu
warna-warni.
Pada
Hari Chap Goh Meh, ahli keluarga akan berkumpul bersama untuk makan malam, membakar
mercun dan bermain mahjung selain upacara sembahan dilakukan dalam kadar yang
lebih besar.
Pada
zaman dahulu, hari Chap Goh Meh adalah satu-satunya hari di mana anak gadis
yang mencapai usia perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan keluar dari rumah
dengan dandanan dan pakaian paling cantik.
Oleh
itu, pada hari yang sama, lelaki bujang yang mahu mencari pasangan hidup juga
akan keluar berkumpul untuk mengerling gadis-gadis berkenaan dengan harapan
dapat memilih dan meminang gadis yang diminati.
Menurut
lagenda, dewa dari langit akan turun pada hari berkenaan untuk mengikat kaki
pasangan lelaki dan gadis yang berjodoh dengan benang merah di kaki agar mereka
akan sentiasa bersama hingga akhir hayat mereka.
Memandangkan
hajat pada malam Chap Goh Meh dianggap lebih makbul, para gadis yang telah
berdandan akan menuju ke tokong-tokong pinggir laut bagi melontarkan limau
mandarin dan membuat hajat bagi mendapatkan suami yang baik.
Pada
waktu itu, gadis-gadis itu juga akan ditemukan dengan telangkai (orang tengah),
yang kemudian membantu mencari dan mengaturkan perkahwinan dengan lelaki dari
keluarga bersesuaian.
No comments:
Post a Comment