Buah
bidara antara buah yang mengandungi kandungan khasiat yang tinggi baik untuk kesihatan. Jadi, buah bidara wajar dijadikan sebahagian menu berturusan untuk mendapat menfaat kebaikannya.
Buah bidara segar mudah dibeli di pasar buah dan pasar raya. Rasa bidara enak,
manis dan lebih rangup daripada epal hijau.
Namun
ada juga bidara dalam bentuk yang telah dikeringkan. Buah
bidara kering juga dikenali kurma merah di kalangan penduduk Kelantan. Nama lain ialah kurma cina.
Buah bidara kering boleh disimpan lama dan digunakan untuk pelbagai resipi. Ia boleh dimakan kosong atau dimakan terus. Elok juga direbus atau direndam di dalam air panas. Ia akan kembali kembang penuh.
Buah bidara kering sering dijadikan salah satu bahan dalam penyediaan laicikang yang dicampur bersama-sama beberapa bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk, kundur, biji lotus dan sebagainya untuk dijadikan laici kang.
Kalau tanpa campuran bahan lain pun sudah memadai buah bidara kering sahaja. Ia amat baik untuk menyejukkan badan.
Antara kebaikan dan manfaat buah bidara:
- Bersifat antibakteria
- Sumber kaya antioksidan mengatasi serangan radikal bebas
- Menjaga tubuh tetap sihat dan sistem imun lebih kuat
- Mempercepat pengeringan dan penyembuhan luka pada kulit.
- Mengatasi masalah perut dan usus seperti ulser perut dan gastrik
- Mengawal kadar gula dalam darah
- Mengatasi bibir pecah-pecah
- Bersifat antikanser
- Membentuk kembali sel-sel organ tubuh yang rosak
- Mengembalikan stamina lelaki
- Mempercepat pengecutan bisul
- Melancarkan sistem pencernaan
- Mengatasi masalah panas badan
- Menjaga kesihatan tulang, gigi dan sendi dari gejala osteoporosis
- Mengatasi gejala keputihan
- Menghilangkan bau tidak sedap pada organ kewanitaan
- Melancarkan haid
- Melancarkan perjalanan darah
- Antioksida
- Mengekalkan fungsi hati
- Memulihkan tenaga
- Mengecutkan rahim
- Tambah susu badan ibu.
- Cantikkan kulit
Salam
ReplyDeletesalam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik
ReplyDelete