Tuesday, 14 July 2026

RAMBUTAN CHE EMBONG

 
Rambutan che embong (Che Mbong). Varieti rambutan che dianggap jenis klasik atau lama yang semakin jarang ditemui. Varieti ini didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 23 Julai 1970 dan diberi nombor pendaftaran R168.

Varieti che embong berasal dari Kelantan. Tidak pasti mengapa ia dinamakan che embong, tetapi mungkin daripada nama Che Embung atau Che Embun.

Saiz buah sederhana panjang. Kulit berwarna merah kekuningan dan sederhana kasar. Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.

Saiz pokoknya tinggi merimbun. Buahnya lebat berada di hujung julai. Ia menampakkan seakan-akan buah menutup daun di belakangnya.




No comments:

Post a Comment