Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat mula beroperasi pada
16 Mei 2010 di lokasi Kampung Tujuh, Tumpat. Jarak dari bandar Kota Bharu kira-kira
25 kilometer dan hanya tujuh kilometer dari bandar Tumpat.
Pada Jun 2010, 187 orang pelajar tingkatan 1 melapor diri
sebagai kumpulan pertama yang menjalani pengajian di MRSM Tumpat. Pada 7
Februari 2011, seramai 118 orang pelajar tingkatan 1 melapor diri dan seramai
235 orang pelajar tingkatan 4 melaporkan diri di sini.
MRSM Tumpat merupakan MRSM pertama di Kelantan yang dipilih
untuk menawarkan program dwisijil iaitu SPM dan IGCSE (International General
Certificate of Secondary Education) dan silibus kebangsaan bermula tahun 2013.
IGCSE merupakan suatu program yang berupaya meningkatkan
imej MRSM dan melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara serta mampu
melahirkan pelajar berfikiran global. Sijil IGCSE diiktiraf oleh lebih 160
universiti tersohor dunia.
MRSM Tumpat tersenarai antara sekolah terbaik di Kelantan
pada setiap pengumuman keputusan SPM.


No comments:
Post a Comment